masing-masing boring giler duk kt rumah, tak tahu nak buat pe...
ade yang panjat pokok nyior(ngidam), ade yang setting motosikal..(motosikal laju,hehe)
ade yang pegi ke KL(x ajak member2,hehe), ade yang berkurung dlm rumah(jaga kulit)..
pada hari Jumaat(penghulu segala hari), seramai 5 orang budak sumbat ni g la makan kenduri di rumah bapa saudara izzat kite kt Kg Air putih..bertolak pada pukul 11 pagi dan sampai pkul 12..(slow jew)..
pertama sekali agenda kami ialah nak pegi makan je.. bile ondway nak sampai kat rumah kenduri tu, nampakla sebatang sungai yang best..hehe, kami buat x tahu jer..
laut sebenarnya ialah ciptaan Allah yang luar biasa. ia sangat luas dan hampir merangkumi 3 per empat muka bumi ini. oleh kerana kita terlalu biasa, kita tidak berasa bahawa laut sangat luar biasa..
(air yang tenang jangan disangka tiada ikan....hehehe)
mari kita buat perbandingan,
manusia pernah mencipta kapal yang sangat besar iaitu Titanic. "kapal ini tidak mungkin tenggelam", begitulah kata para jurutera, arkitek,(tukang sapu, kapten, anak kapal dan anak-anak ikan yang mungkin terbabit sama..haha)
Titanic dilengkapi pelbagai kemudahan seperti telefon awam, tandas, (pejabat kerani, casino, dan lain-lain yang sama waktu dengannya)...kononnya ia mampu menempuh perjalanan yang jauh merentasi lautan atlantik. seluruh dunia menumpukan
perhatian terhadap peristiwa ini tidak kiralah (dunia purba ke, zaman batu ke, neolitik, paleolitik, habis semua dia sapu daaaa....)
malang, titanic ditimpa malapetaka dalam pelayaran sulungnya. ia tenggelam kerana hanya terlanggar bongkah aisberg. dunia terkejut,(macamana dunia terkejut?)..kapal sebegitu besar dan hebat itu tenggelam juga..(da takdir nak buat macamana, redha je la)..hehe
setelah lama tenggelam, para pakar mengambil masa yang lama untuk menentukan lokasi di mana trajedi itu berlaku..(maklumlah pakar bedah mayat pun ada sama, tu yang lambat ckit..)
kapal yang sebesar itu hanya umpama sebilah jarum sahaja dibandingkan dengan lautan arlantik yang sangat luas.
begitu kerdilnya ciptaan manusia,(antara lautan atlantik dan pasifik, lautan pasifik lebih luas lagi laaaa...)
begitulah luar biasanya keluasan laut...